Latihan Informal Perisian Dan Pemeriksaan Mesin Pencetak

3 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

2 Disember 2019 – Selain dari kelas-kelas formal yang diadakan di PI Linggi, PI Linggi turut sering menerima permintaan untuk kelas-kelas persendirian atau bantuan tunjuk ajar dari komuniti di sini. Pada hari ini, kami dikunjungi oleh Cik Maizaitul Amira Mokhtar yang meminta tunjuk ajar tentang cara memuat-turun dan pemasangan perisian mesin pencetak beliau.

Antara yang diajar ialah cara-cara untuk memuat-turun perisian dan pemasangan, menguji dan memeriksa mesin pencetak tersebut.

Kelas persendirian ini mengambil masa selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang sehingga ke 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali